Selasa, 14 Jun 2016

BUFET RAMADHAN SEMURAH RM 38 DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Assalamualaikum Dan Selamat petang...

Salam 9 Ramadhan.. Moga semua dalam keadaan sihat hendaknya hari ini, Syukur Alhamdulillah dah 9 Ramadhan hari ni.. cepat masa berlalu betul tak?




Jumaat, 10 Jun 2016 di AnCasa Residences, Port Dickson telah diadakan seperti tahun-tahun yang lepas, AnCasa Residences menyediakan Program Amal bersama Anak-anak Yatim.



SELERA DESA NOSTALGIA 60 AN

Tahun ini pihak AnCasa Residences, Port Dickson mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60 an sepanjang bulan Ramadhan. Pilihan lagu-lagu klasik yang akan menjadi halwa telinga anda sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.. Bagi ibu/bapa yang ingin berkongsi perasaan mereka bersama anak-anak inilah masanya yang sesuai kerana anak-anak zaman ini tidak pernah merasa suasana tersebut.


Sudah pasti anda merindui detik-detik kenangan dulu bersama insan tersayang... teringat pula ketika kecil bersama ayah bonda tercinta melalui saat-saat manis pasti menambat hati seisi keluarga menjamu selera.



Bufet Ramadhan Tahun ini, Disajikan dengan juadah menarik diilhamkan oleh Chef Mouses dengan menyajikan hidangan enak yang menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat anda seisi keluarga.



1001 Jenis Rempah Ratus Rahsia



BUFET RAMADHAN TERMURAH DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.





Promosi Bufet Ramadhan bernilai RM 38.00 sahaja,

bermula dari 10 Jun - 3 Julai 2016




haaaaa mesti anda nak tahu ada apa dalam kawah ni kan.... Dalam tu ada pelbagai lauk pauk yang memang membuka selera tau... rugi kalau tak makan dan rasa.. 


Antaranya :


Ayam Percik Negeri Sembilan


Udang Masak Lemak Nenas Muda



Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak


Asam Pedas Ikan dengan Bunga Kantan Bersama Terung


Rendang Daging


Sambal Tempe 

Gerai-gerai yang terdapat Bufet Ramadhan AnCasa


Ice Kacang



Gerai Pelbagai Jenis Mee


Gerai Murtabak dan Roti Jala




Gerai Lok Lok



Nilah Lok Lok namanya...


Gerai Ikan Panggang, Kepak Ayam Panggang dan Kambing Panggang


Tak perlu takut tak dapat kambing Grill sebab ada 2 ekor besar tau...




Abg Chef tengah potong tu hu hu hu sabar tunggu




Sedia untuk anda...


(merecik kan!)


Gerai Char Kuey Teow



Pelbagai Jenis Bubur


Gerai Rojak Buah Dan Pelbagai Jenis Kerabu


Kerabu Kacang Botol



Kerabu Sotong (emmm sedapnye)


Pelbagai Jenis Sambal... 


~ Ada Budu, Sambal belacan, Sambal Cencalok dan Sambal Tempoyak


Pelbagai Jeruk dan Ulam-ulaman




Fav Kanda dan Fatin Sambal petai cicah belacan 


Rojak Pecal


Buah-buahan dan pelbagai jenis pencuci mulut.





(yummy)


Bubur candil 


Apam Balik Garing


Pelbagai jenis minuman sejuk.


Sementara menunggu waktu berbuka... 


Menu yang kami rasa pada hari itu...








Jemput makan yea... tapi semua ni bukan untuk Bonde tau...


Paling fav bubur candil ni... sedap kene dengan citarasa Bonde.


Ais Kacang, ais kacang... penghilang dahaga... sejuk tapi kurang manis..



Dapat juga makan buah rambutan dan duku langsat.. walau tak musim sekarang ni...



Untuk Info anda semua....

Bufet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60 an" dibuka setiap hari bermula 10 Jun 2016 sehingga 3 julai 2016 dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam pada kadar RM 38 bersih. Surau ada disediakan bagi kemudahan anda yang ingin menunaikan solat.


Tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang juga boleh diatur, Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie du talian 06-662728 samb. #6 atau talian bebas tol di 1-800-88-0032.


kredit pic: www.qasehsu.com


~ nota harian Bonde ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aku tak pernah memiliki kebijakan, hanya melakukan yang terbaik setiap kali dan setiap hari...

Terima kasih memberi ulasan dientri ini...